Dakwaan itu dilontarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan membidas kenyataan Kit Siang yang menyatakan Presiden PKR akan menjadi Pemangku PM sehingga Anwar Ibrahim mendapat pengampunan yang dipertuan Agong jika dan selepas Pembangkang menang PRU-14 nanti.
“Pengumuman itu dilontarkan Kit Siag tanpa bincang dalam parti dan sekutunya dan dia menganggap parti DAP sebagai parti keluarga dia sendiri.
“Sikap Kit Siang sama seperti Tun M yang membuat keputusan tanpa bincang dengan ahli dan kepimpinan parti sebelum ini semasa pemerintahannya,” bidas beliau.
Tambahnya, kedua dua pemimpin itu berkelakuan sama dan dalam masa keadaan sudah menjangkau usia dan harus duduk di rumah dan meluangkan masa bersama cucu mereka. – Tamil Nesan