Kim Swee puas hati prestasi Harimau Malaysia di Jeddah

Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata, beliau menghimpunkan kesemua 23 pemain sebagai satu pasukan pada Isnin, dan menambah semua pemain menjalani sesi pemulihan dalam tiga hari lepas untuk mengembalikan semula kecergasan selepas mengharungi perlawanan yang padat dalam Liga Malaysia.

“Seperti yang anda lihat, Arab Saudi menguasai permainan tetapi pemain kami mempamerkan prestasi yang baik dari segi pertahanan dan menyukarkan Arab Saudi (untuk menjaringkan gol) dan akhirnya, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka.

“Saya juga berharap kami dapat belajar daripada kekalahan ini terutama menentang pasukan negara Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu, Palestin dan Arab Saudi,” Kim Swee berkata dalam sidang media selepas perlawanan itu. – BERNAMA

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2