Khidmat Dr. Shahruddin sebagai Pengerusi ITBM ditamatkan

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan di bawah Artikel 135 (1) Tataurusan Syarikat ITBM.

“Shahruddin telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM pada 1 Februari 2010 sehingga 31 Januari 2012 sebelum dilantik sekali lagi untuk jawatan yang sama sehingga 31 Januari 2014.

Shahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak sah meninggalkan UMNO apabila dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pada Khamis.

Awal Julai lalu, Shahruddin memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang disandangnya atas alasan menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, memetik laporan Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia