Ini dilihat dengan kewujudan jentera moden yang didakwa menjadi faktor utama kepada dobi tradisional yang semakin hilang identitinya.
Kegusaran ini dapat dilihat melalui perkhidmatan dobi tradisional yang dikenali dengan ‘dobi gaut’ yang beroperasi di Georgetown mengalami penyusutan bilangan pekerja.
Menurut pemilik dobi tersebut, A. Rahman, dia pernah mempunyai pekerja sehingga mencecah 80 orang namun kini hanya tinggal sekadar 15 orang sahaja.
“Saya mempelajari kerja ini dari ibu bapa saya dan bekerja dari 8 pagi hingga 10 malam dengan dibantu dua orang pekerja. Kemajuan jentera moden dan pembangunan negara menyaksikan generasi muda tidak berminat menceburi perniagaan sebegini.
“Kami terpaksa bersaing dengan dobi yang diuruskan menggunakan mesin pencuci automatik di pasaran,” katanya.
Jalan Air Itam, Jalan York merupakan antara lokasi sejak 1910 lagi yang secara turun temurun menyediakan operasi perkhidmatan dobi tradisional ini.
Walaupun usia perkhidmatan dobi ini sudah mencecah lebih 100 tahun, amalan klasik mencuci secara tradisional dan seterika kain menggunakan arang batu masih tidak hilang. –Tamil Nesan