“Saya tak tahu menahu mengenainya, saya hanya fokus kerja saya,” katanya, ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.
Beliau secara peribadi mengakui tidak pasti wujud komplot untuk menggulingkannya sebagai menteri besar yang diketuai seorang timbalan menteri berasal dari negeri ini.
Berita mengenai gerakan menjatuhkan Khaled sebagai menteri besari menjadi perhatian ramai selepas didedahkan Shukur Mohamad, yang juga anak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz baru-baru ini.
Pendedahan Shukur di sebuah portal berita mendakwa, tujuan menyingkirkan Khaled sebagai menteri besar bagi mengawal Umno Johor supaya tidak menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti.
“Saya tak boleh jawab apa-apa..jika benar ada merancang kena tanya dia (Shukur),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa ‘The Belt and Road Initiative: The China-Asean Relation’ di Persada Johor, pada Sabtu.