Khalid Ibrahim tubuh NGO lawan DAP

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, DAP ketika ini sangat agresif dan sikap mereka itu perlu disekat supaya hak dan kebajikan umat Islam di negara ini terjaga dan terpelihara.

“Saya dan rakan-rakan juga akan menubuhkan satu NGO dimana kita sudah mengumpul beberapa kekuatan dan dana supaya kita tidak akan memberi peluang orang-orang bukan Islam yang bersekongkol dengan DAP menang dalam pilihan raya.

“Jadi oleh sebab itu, kita akan buat satu kempen setiap kali kita kenal orang mereka (DAP), NGO ini akan berusaha supaya mereka tidak menang (dalam pilihan raya),” katanya ketika hadir pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambah Abdul Khalid, bekas partinya, PKR kini sedang berada dalam kedudukan tersepit di antara Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dan sukar untuk menunjukkan pendirian sebenar parti itu.

Kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR juga tidak stabil disebabkan kerusi yang dimiliki oleh parti paling sedikit jika dibandingkan dengan PAS dan DAP.

“Saya sangat khuatir dengan keadaan umat Islam, sebab boleh jadi umat Islam ini sentimental atau pun agak sangat tinggi untuk memberi sukaran kepada Umat Islam. Tetapi umat Islam di Malaysia dari segi politiknya bukan berpecah dua tetapi berpecah empat.

“Tetapi untuk kita bersaing kita mesti selesaikan bagaimana kita dapat menghapuskan orang yang mengelilingi DAP, kalau tidak, kita tidak akan menang…kita melanggar tembok, kepala kita bengkak, dia masih lagi belum apa-apa, jadi bagaimana kita hendak selesaikan ini,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri