Khairy sahkan pegawai terlibat, sedia beri kerjasama

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh SPRM bahawa mereka sedang menyiasat tentang isu penyelewengan oleh pegawai kanan kerajaan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa individu yang dirujuk adalah pegawai di KBS. SPRM telah memaklumkan kepada saya beberapa minggu yang lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

“Saya telah menyatakan kesediaan KBS dan agensi-agensi di bawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.

“KBS menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada pagi Isnin.

Sabtu lalu, SPRM mendedahkan seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan pada Jumaat lalu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyalahgunaan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu menerima suapan dianggarkan RM20 juta dan menjalani kehidupan mewah.

Susulan daripada isu itu kata Khairy, kementerianya akan melaksanakan satu semakan segera terhadap segala mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS.

“Bagi tujuan ini, saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkenaan penubuhan sebuah pasukan siasatan bebas untuk mengenal pasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalaman KBS.

“Objektif utama pasukan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan proses dalaman yang boleh menjurus kepada penyelewengan dana awam,” ujarnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia