Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers berkata perjumpaan itu antara lain membincangkan halatuju, berkongsi pendapat selain mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kemerosotan bola sepak negara selain program yang melibatkan belia.
Perjumpaan berkenaan, katanya turut membolehkan Khairy mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan sukan bola sepak terutamanya projek JDT serta program-program belia yang diharapkan baginda dapat dijalankan di negeri berkenaan.
Khairy sebelum itu dibawa Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor, melawat fasiliti dan kemudahan yang dimiliki JDT seperti pusat latihan, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam, Johor Bahru.