Khairul Idham Pawi menang lagi!

Khairul Idham yang bermula di petak ke-20, dilaporkan berjaya mendominasi perlumbahaan di atas trek basah itu hingga berjaya mengatasi Andrea Locatelli dan Enea Bastianini.

Menurut laporan Sinar Harian, kejayaan Khairul Idham yang berusia 17 tahun dari Kampung Gajah Perak itu ternyata pencapaian yang sangat membanggakan apabila turut menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di litar berkenaan.

Sementara itu tinjauan Rakyatpost.my melalui laman Facebook mendapati ramai rakyat Malaysia mula melemparkan kata-kata tahniah kepada wakil pasukan Honda Asia itu.

Beliau juga telah memuat naik status di laman berkenaan dengan berterima kasih kepada keluarga dan penyokongnya.

“Syukur alhamdulillah kerana menang no1 (tempat pertama) dalam perlumbaan Moto3 di Germany. Terima kasih kepada keluarha, rakan-rakan, Pasukan Honda. Terima kasih atas sokongan anda”, tulisnya.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2