Gembira mengatasi keadaan yang sangat sukar untuk memenangi saingan itu, pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia itu, berkata keadaan di litar sangat sukar tetapi dia berupaya untuk terus mengekalkan catatan sepusingan.
Beliau sangat gembira apabila berjaya mencipta kemenangan itu, namun, ia menyifatkannya sebagai satu detik sukar yang dilaluinya.
“Untuk perlumbaan hari ini saya sangat gembira! Keadaan di litar sangat sukar tetapi saya tetap berusaha untuk mengekalkan catatan sepusingan dan terus bertahan di depan.
“Saya memberi tekanan yang kuat pada pusingan pertama untuk melepaskan diri daripada pelumba lain.
“Ia perlumbaan yang bagus untuk saya, terima kasih semua,” katanya. Pada perlumbaan itu, Khairul Idham mencatat masa 41 minit 35.452 saat selepas melakukan 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo. Pelumba Sepanyol.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara pemimpin terawal mengucapkan tahniah dan memuji kejayaan pelumba motosikal negara, Khairul Idham Pawi yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia kategori Moto3 di Grand Prix Argentina, awal pagi ini.
“Akhirnya…saya berharap ia akan menjadi permulaan untuk era keemasan (sukan permotoran),” katanya menerusi akaun Twitternya, awal pagi tadi.