Khairudin serah borang sertai DAP, Zaid Ibrahim tanding Gelang Patah

Menurut sumber, Khairuddin telah bertemu dengan seorang pimpinan tertinggi DAP untuk menyuarakan hasrat beliau dan berjanji akan menarik sokongan Melayu di Pulau Pinang yang semakin merudum terhadap parti itu.

Jelas sumber lagi, Khairuddin berhasrat untuk bertanding di Parlimen Batu Kawan yang kini disandang oleh Kasthuri Patto daripada DAP dengan majoriti 25,962 yang dimenanginya dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Bagaimanapun, laluan Khairuddin itu tidak mudah apabila bakal mendapat tentangan daripada pimpinan DAP lain yang mempunyai percaturan masing-masing untuk meletakkan calon mereka.

“Kerusi Batu Kawan India DAP punya. Sudah tentu pemimpin India mahu kerusi itu kekal milik mereka.

“Kalau Khairuddin nak masuk DAP untuk tanding kerusi Batu Kawan, dia kena cari kerusi lainlah. Kalau tak pasti kena sabotaj punya,” kata sumber ketika ditemui.

Seorang lagi pemimpin Melayu pembangkang yang dijangka akan sertai DAP adalah bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

“Tak pasti dia dah serah borang ke belum tetapi beliau akan tanding di (kerusi) Gelang Patah,” kata sumber lagi.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri