Ketua Polis Negara benarkan Zakir Naik teruskan ceramah

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas beliau berjumpa dengan Khalid dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP dan bersetuju forum Dr. Zakir Naik diteruskan.

“Mereke minta tajuk diubah cara berhemah. Semoga Allah SWT memberkati,” katanya di lama sosial Facebook beliau.

Khalid sebelum ini membuat keputusan membatalkan ceramah Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ Ahad ini atas faktor keselamatan.

Susulan daripada keputusan itu, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menawarkan Zakir Naik berceramah di Perlis selepas mendapat persetujuan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kehadiran Zakir Naik ke negara ini mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dan Pemuda MIC kerana bimbang ia akan menyentuh sensitivi agama.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia