Ketua, pengikut Syiah dibebas dengan jamin RM1,500

Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 52 tahun membayar wang jaminan tersebut sejurus dibebaskan pada pukul 3 petang.

Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, semua 16 individu itu dijangka akan didakwa di mahkamah sama pada 20 Februari tahun dengan selepas siasatan terhadap mereka selesai.

“Kita akan menjalankan siasatan secara terperinci bukan sahaja ke atas kumpulan ini malah kumpulan sasaran mereka khususnya di Melaka,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Terdahulu sekumpulan pengikut kumpulan Al-Ansar Imam Mahdi termasuk ketua gerakan itu ditahan kerana disyaki mengamalkan fahaman Syiah di dua lokasi di Umbai dan Telok Mas malam kelmarin.

Selain tangkapan, JAIM turut merampas buku berunsur Syiah dan Imam Mahdi, bendera serta batu karbala.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap