Susulan daripada itu, beliau membuat laporan polis setelah menyedari mengenai perkara berkenaan awal pagi tadi.
SMS yang bertarikh petang semalam berbunyi, “Polis sila tangkap kami!! Kami mahasiswa tidak takut. Kami akan lawan polis biar sampai mandi darah.”
Paparan skrin itu juga menunjukkan nombor telefon Sany sebagai penghantar mesej.
Waktu SMS itu dihantar bertepatan dengan himpunan #TangkapMO1 yang dipimpin mahasiswa di Kuala Lumpur semalam dan menarik kira-kira 2,000 peserta turun ke jalan raya.
Pihak polis bagaimanapun berkata perhimpunan itu adalah haram.
Dalam laporannya, Sany melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan beliau dan mendakwa telah menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.
“Tujuan saya membuat laporan ini kerana bimbang keselamatan diri saya kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam nombor telefon milik saya dan memviralkan kepada umum.
“Tujuan saya membuat laporan mahu rujuk pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut, ini kerana saya sering ditelefon oleh orang-orang yang tidak dikenali,” katanya.