Ketua ekspedisi nafi khabar angin kematian dua pendaki Malaysia

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu. Saya juga meminta semua pihak agar kekal tenang dan hentikan penyebaran khabar angin tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat kini masih meneruskan misi pencarian di atas gunung itu.

“Anggota keluarga kedua-dua rakan saya yang masih hilang itu ada bersama saya di Reyneh. Mereka merasa amat terganggu dengan khabar angin itu,” katanya.

Rozaimi menggesa supaya semua pihak bersikap matang dalam berkongsi apa-apa berita yang diterima.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50 dan Ramli Abd Majid, 44, disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia