Kesihatan Ahmad Bashah semakin baik

“Beliau kini sudah boleh dipindahkan ke wad biasa, akan tetapi beliau meminta untuk ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk privasinya,” katanya ketika ditemui pemberita di luar bilik ICU Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Sebelum itu, Dr Hilmi melawat Menteri Besar Kedah itu dengan diiringi Pengarah HPP Datuk Dr M. Sukumar. Sementara itu, Pakar Perunding Anestesiologi HPP, Datuk Dr Jahizah Hassan berkata Ahmad Bashah dijangka dibenar keluar hospital antara tempoh seminggu hingga 10 hari dari sekarang.

Selain Dr Hilmi, Ahmad Bashah turut menerima kunjungan Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farildlatrash Wahid.

Terdahulu, lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid turut melawat Ahmad Bashah.

Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar berkata kami doakan beliau cepat sembuh supaya boleh kembali berkhidmat. Pada Isnin, Ahmad Bashah dipindah ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar berikutan hospital itu mempunyai kelengkapan yang lebih terkini.

Ahmad Bashah dirawat di KMC selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada kira-kira 7 malam Sabtu lalu. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri