Kes rasuah Guan Eng ditangguh 6 Disember

Peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo berkata pihaknya sudah menerima dokumen pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara setebal 13,000 muka surat.

Bagaimanapun kata Gobind, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti keseluruhan dokumen tersebut.

Jelasnya, dokumen tersebut tidak mempunyai index dan menyukarkan pihaknya untuk membuat pembelaan.

Sementara itu, Guan Eng dalam sidang medianya menyerahkan kepada Gobind untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan menyifatkan pendakwaan tersebut konspirasi politik oleh UMNO.

“UMNO akan cuba main silap mata di mana hitam boleh jadi putih, putih boleh jadi hitam.

“Rakyat tidak mahu UMNO main silap mata dengan cara yang tidak baik.

“Rakyat hendak pemimpin yang bersih, amanah dan bela hak rakyat,” katanya.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen, Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum dua tahun, denda dan rampasan hartanah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap