Menurut beliau, kes tersebut merupakan satu kes politik sambil menegaskan pihaknya mempunyai bukti bahawa Anwar tidak terlibat dengan tuduhan tersebut.
“Anwar tidak melakukannya, bukti menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak meliwat.
“Kenyataan Anwar selama ini cukup konsisten dan itu kebenarannya. Kalau menipu ianya akan berubah-ubah. Ini bukan kes yang sah dan ianya adalah satu kes politik,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, pada Selasa.
Kimberly turut mendakwa bahawa pihak menuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu dengan pegawai kerajaan dua hari sebelum hari kejadian kononya beliau diliwat.
“Terdapat keterangan kononnya DNA ditemui pada pakaian mangsa yang dikatakan itu yang berbeza daripada pakaian yang dipakainya semasa dia kata dia diliwat.
“Kenyataan mangsa dikatakan menjadi sangat tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA diganggu oleh pegawai polis dalam kerajaan … Itu adalah keterangan di mahkamah dan kami gembira untuk berkongsi semua dokumentasi dengan anda,” katanya lagi.
Anwar melantik peguam hak asasi manusia yang terkenal itu untuk membantunya dalam beberapa kes termasuk kajian beliau daripada Februari 2015 mengenai sabitan liwat.
Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat itu, sama dengan yang pertama dihadapinya pada tahun 1999 dan telah direka oleh pesaing politiknya.