Kes bunuh Segambut: Isteri mangsa direman 5 hari

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata wanita berusia 35 tahun itu merupakan isteri Cheah Hing Soon, 34, serta ibu kanak-kanak perempuan Cheah Kai Sze, 3, dan bayi lelaki tujuh bulan Cheah Kai Wen yang kesemuanya dijumpai mati di dalam dua bilik di unit pangsapuri itu.

Beliau berkata wanita itu memberi keterangan bercanggah menyebabkan polis menahannya untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Polis memerlukan masa untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian kerana kenyataan suspek sentiasa bercanggah.

“Setakat ini, kita tidak mengambil kenyataan individu lain kecuali suspek dan dua lagi anak lelakinya yang berusia enam dan lapan tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Mengenai hasil bedah siasat, Munusamy berkata ia masih dijalankan.

Semalam, mayat lelaki itu dan dua anaknya dijumpai di rumah sewa mereka di pangsapuri itu.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu dijumpai dalam dua bekas simpan barang besar yang ditutup dengan plastik manakala mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di bilik tidur utama.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa semalam. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap