Kes bunuh anak: Ibu muda tukar pengakuan

Pengakuan itu dibuat Aida Amira Harun, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim M. Vijayalakshmi.

Tertuduh sepatutnya dijatuhkan hukuman pada hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 22 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang ketika itu belum diwakili peguam didakwa dengan sengaja mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang, dengan menyebabkan kematian Ainul Solehah Mohd Husamuddin.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani antara 9.10 malam hingga 9.40 malam pada 10 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Mahkamah menetapkan 25 Okt sebagai tarikh sebutan kes bagi tujuan serahan dokumen berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan Izzah Munirah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hezeri Hamid. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap