Kerjasama PAS – PPBM belum muktamad kerana DAP

Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sebarang kerjasama dengan parti baharu mesti dengan kelulusan mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Sebarang kerjasama tak akan dibuat secara mudah, jadi maknanya kita terbuka menerima parti baru seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan Parti Warisan.

“Dengan PPBM, memang ada perbincangan bersama mereka, cuma belum dimuktamad kerana PPBM ni ada hubung kait dengan DAP,” katanya, memetik laporan Sinar Harian Online ketika ditemui di lobi parlimen, pada Isnin.

Ini katanya DAP Parti Amanah Negara (PAN) disifatkan sebagai parti yang mengkhinati perjuangan PAS.

“Itu kita sebut secara jelas, parti selain daripada itu kita buka,” katanya.

Namun begitu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan BN.

“BN tu tetap musuh kita, Pas akan berlawan dengan BN.

“Hubungan kita dengan BN adalah kerana mereka mentadbir negara (kerajaan) itu sahaja,” katanya.

Katanya, perbincangan dengan BN itu dibolehkan kerana mereka adalah kerajaan.

“Kita setuju dengan BN kepada perkara yang baik untuk rakyat, sebagaimana pendirian Pas untuk tidak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini presidennya, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata, parti itu sedia membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihanraya Umum 14 (PRU14), dengan syarat parti tersebut memiliki matlamat perjuangan berlandaskan Islam.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri