Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan parti itu buat masa ini adalah masih jauh manakala perbincangannya hanya melibatkan perkara biasa dan bukannya melibatkan soal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
.
“Bagaimanapun, PAS sentiasa terbuka mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari kalangan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik di negara ini.
“Namun, kita tidak mengadakan kerjasama dengan DAP yang mengamalkan sikap chauvinis dan PAN yang bersifat opportunis. Saya tidak tahu apa sikap mereka (DAP dan PAN) akan datang,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghadiri majlis Himpunan Muslimat Muda di Dataran Kemerdekaan di ibu negara yang turut disertai Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, memetik Utusan Online.