Kerja meroboh mataf di Masjidil Haram dimulakan

Jambatan sementara itu didirikan pada Ogos 2013 itu untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram berikutan pelaksanaan fasa ketiga pembinaannya.

Kerja meroboh bermula di sebelah barat Projek Pembesaran Raja Fahd memandangkan kawasan itu bersedia untuk menerima jemaah dan pelawat.

Seorang kakitangan Universiti Umm Al-Qura, Faisal Wafa, yang juga pengerusi jawatankuasa teknikal mataf, berkata tujuan di sebalik pembinaan jambatan sementara itu berjaya dipenuhi.

“Sudah tiba masanya ia perlu dirobohkan,” katanya. Beliau berkata kontraktor projek pembesaran itu merobohkannya dengan kerjasama pasukan keselamatan Masjidil Haram, Pertahanan Awam dan jawatankuasa teknikal untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi bagi jemaah.

Wafa berkata trak untuk membuang sampah akan memasuki kawasan mataf melalui kawasan Al-Shabakah. Tambah beliau tingkat pertama mataf dikhususkan untuk jemaah menggunakan kerusi roda yang ditolak manakala tingkat mezzanine untuk jemaah menggunakan kerusi elektrik.

Menurutnya, keseluruhan fasa ketiga projek pembesaran dari kawasan Al-Shamiya, semua tingkat mataf dan siling akan sedia untuk digunakan pada bulan Ramadan.

Beliau berkata kawasan mataf baharu ini akan membolehkan kira-kira 107,000 jemaah untuk Tawaf di Kaabah dalam masa satu jam. – Agensi

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia