Kereta disembur dengan cat merah di Bukit Aman – Ali Tinju

Ia katanya berlaku ketika hadir untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung dakwaannya terhadap pihak polis ketika perhimpuan ‘TangkapM01’, Sabtu lalu.

“Kereta saya disembur dengan cat merah…saya telah diminta untuk hadirkan diri saya di Bukit Aman (ibu pejabat polis) oleh pihak polis,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook.

Mohd Ali kini disiasat berkaitan videonya yang menuduh pihak polis tidur ketika perhimpunan ‘TangkapMO1’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Mohd Ali disiasat bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Veteran tentera itu dilaporkan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini dan membantah ‘kegagalan’ polis menahan kumpulan pelajar yang menganjurkan perhimpunan itu.

“Saya mengesahkan dia (Ali Tinju) telah tampil memberikan keterangan di Bukit Aman pada pukul 3 petang tadi.

“Keterangannya diambil untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun,” kata Khalid, pada Jumaat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri