Kerajaan tubuh JK Bertindak berkait jenayah seksual kanak-kanak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu akan mula bermesyuarat dalam tempoh terdekat.

“Pengumuman (yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan isu-isu berkaitan wanita dan kanak-kanak dapat ditangani dengan baik.

“Terbukti bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar serta mengambil maklum pandangan daripada pelbagai pihak berkepenting seperti NGO-NGO, khasnya berkaitan wanita dan kanak-kanak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azalina berkata, jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh wakil Pejabat Peguam Negara dan wakil Kementerian Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ianya juga turut dianggotai oleh ahli-ahli dari pelbagai latar belakang seperti dalam kalangan Ahli Parlimen, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Ahli-ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita serta ahli-ahli lain yang sesuai mengikut kepakaran dan kelayakan mengenai perkara ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia