Kerajaan sediakan dana khas bantu usahawan muda

“Saya akan membuat pengumuman khas pada Selasa mengenai bantuan ini dalam bentuk geran yang akan membantu usahawan muda mengembangkan perniagaan mereka,” katanya dalam satu ucapan di Tampoi, malam Isnin.

Beliau ditemani Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Johor Baru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib dijangka membuat beberapa pengumuman semasa ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia yang diadakan di Stadium Tertutup Educity pada Selasa.

Terdahulu, masyarakat setempat di sini tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan bergambar dengan Najib sempena program mesra bertemu rakyat di Kilang Bateri di sini, malam Isnin.

Najib kemudian mengadakan lawatan dan bertemu pengunjung serta peniaga di pusat perniagaan 100 peratus milik Bumiputera itu.

Perdana Menteri, yang berada di bandar raya ini untuk lawatan kerja dua hari itu meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan lebih 500 pengunjung di situ.

Kilang Bateri, yang dahulunya cukup sinonim dengan penghasilan bateri jenama ‘Eveready’, tetapi kini ia berubah wajah menjadi tempat bersantai serta menjamu selera popular di bandar raya Johor Bahru.

Kilang Bateri kini merangkumi kira-kira 184 gerai makanan, minuman, pakaian, pusat kecantikan dan kedai buku, menjadi antara destinasi popular di Johor Bahru.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia