Kerajaan Sabah Beri Subsidi RM600 Tiket Penerbangan Untuk Pelajar IPT Sabah Di Semenanjung, Sarawak, Labuan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket-tiket penerbangan, kepada pelajar dari Sabah yang belajar di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu melibatkan peruntukan RM10 juta dan subsidi itu boleh digunakan pelajar berkenaan pada bila-bila masa.

“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkaitan.

“Bantuan khas one off RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia