Perkara tersebut amat luar biasa, tetapi ianya tidak dapat dielakkan kerana kerajaan menghadapi masalah kekurangan wang.
Oleh kerana pendapatan sekarang tidak memberangsangkan, maka kerajaan perlu mengawal dan mengurangkan perbelanjaan jabatan kerajaan agar lebih banyak peruntukan tersebut dinikmati oleh rakyat. Di antaranya, kerajaan telah mengurangkan peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pertahanan.
Sebelum ini, jabatan kerajaan mudah mendapat peruntukan. Oleh kerana kurang penguatkuasaan dan pemantauan yang longgar menyebabkan berlaku rasuah, penyelewengan dan pembaziran dalam jabatan-jabatan kerajaan.
Jika kerajaan tidak bertekad untuk mengurangkan rasuah dan penyelewengan, nescaya ia akan menjejaskan keyakinan pelabur. Namun kerajaan tidak boleh mengurangkan peruntukan bagi pendidikan dalam usaha melahirkan golongan terpelajar, meningkatkan kualiti rakyat, membangunkan negara dan meningkatkan daya saing dalam bidang ekonomi.
Pengurangan peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi turut menjejaskan peruntukan bagi setiap IPTA di negara ini. Pada Bajet kali ini, semua peruntukan IPTA dikurangkan kecuali UiTM.
Oleh itu, semua IPTA perlu merangka strategi pembangunan untuk mendapatkan sumber kewangan agar tahap pembelajaran di IPTA masing-masing tidak terjejas. – Sin Chew Jit Poh