Kerajaan mungkir janji – Tun M

“Sebelum ini kerajaan berjanji tidak akan disalah gunakan.

“Tetapi kini kerajaan telah mungkir janji dengan apa yang dijelaskan sebelum ini menerusi penahanan Pengerusi Bersih 5.0 Maria Chin Abdullah sejak Jumaat lalu,” katanya.

Beliau menambah janji yang diberikan kerajaan semasa SOSMA diumumkan tidak diendahkan.

Pada tahun 2012, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang ketika itu menjadi Menteri di Parlimen berjanji SOSMA tidak akan disalah guna serta tidak akan dikuatkuasakan ke atas ahli politik dan tindakan mereka.

“Selain itu turut dijanjikan tiada siapa yang akan ditahan dibawah akta itu.

“Tetapi pada Jumaat minggu lalu, Maria Chin sebagai penganjur Bersih di tahan dibawah SOSMA.

“Ini menunjukkan janji kerajaaan mengenai SOSMA tidak akan dilaksanakan ke atas NGO, itu sekadar janji kosong,” tegasnya lagi. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal