Kerajaan Mahu 85 Peratus Rakyat Nikmati Manfaat Menerusi Subsidi Bersasar

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 104 97 100 105 114 32 112 97 100 97 32 77 97 106 108 105 115 32 66 101 114 98 117 107 97 32 80 117 97 115 97 32 77 97 100 97 110 105 32 100 105 32 70 101 108 100 97 32 67 104 117 112 105 110 103 44 32 80 101 114 108 105 115 32 112 97 100 97 32 49 32 65 112 114 105 108 32 50 48 50 52 46 32 45 32 65 70 73 81 32 72 65 77 66 65 76 73 47 80 101 1

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bertujuan memastikan faedahnya benar-benar dinikmati oleh 80 hingga 85 peratus rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan mengelakkan manfaat subsidi dinikmati golongan kaya selain kira-kira 3.5 juta warga asing di negara ini.

“Kita bagi subsidi minyak siapa yang peroleh untung sekarang? Ya rakyat Malaysia … 3.5 juta atau hampir empat juta orang asing pun dapat subsidi minyak, kerana kita bagi subsidi kepada semua.

“Orang paling kaya di dalam negara kita pun dapat subsidi minyak, jadi kita kena cari jalan bagaimana kita boleh gunakan apa yang disebut penyasaran subsidi supaya faedah subsidi itu dipulangkan langsung kepada 80 ke 85 peratus rakyat,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat Perlis di Felda Chuping di sini hari ini.

Beliau berkata langkah sama turut dilaksanakan kerajaan membabitkan tarif elektrik iaitu peningkatan tarif hanya memberi kesan kepada 15 peratus rakyat yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik juga hanya kepada syarikat-syarikat dan kilang, sedangkan rakyat kebanyakan tidak berhadapan dengan kenaikan tarif terbabit.

Anwar berkata bagi minyak diesel pula, penyasaran subsidi bertujuan memastikan ketirisan dan penyeludupan yang berlaku sejak sekian lama dan menyebabkan kerugian puluhan bilion setiap tahun dapat dihentikan.

*Sebab itu saya kata, penyasaran subsidi maknanya naik harga bagi 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi dan orang asing, tetapi tidak membebankan (rakyat).“Kalau kita lakukan apa-apa perubahan berkaitan diesel mesti tentukan perkhidmatan awam, lori-lori Felda, nelayan, bas sekolah, jabatan kerajaan itu tidak dikenakan kenaikan diesel,” katanya.

Anwar berkata kerajaan bersedia mendengar pandangan dan teguran berkaitan penyasaran subsidi dan menekankan kepentingan untuk kerajaan menambah hasil pendapatan negara.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. – BERNAMA

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia