Kerajaan kutip RM32.71 bilion hasil GST hingga Oktober

Menurut Kementerian Kewangan, semua hasil cukai itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama-sama dengan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

“Seterusnya, kutipan cukai GST dikembalikan sebagai agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, termasuk menambah baik sektor pendidikan, kesihatan, kemudahan infrastruktur serta keperluan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) mengenai jumlah GST yang dikutip sejak dilaksanakan serta jumlah kutipan yang digunakan untuk meringankan beban rakyat.

GST mula berkuatkuasa pada 1 April tahun lepas.–Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia