Kerajaan diminta perjelas kadar baharu bayaran di Hospital Klang

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata bermula Januari depan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah akan mengenakan bayaran penuh terhadap pesakit yang berurusan di hospital berkenaan.

Beliau meminta hospital berkenaan dan kementerian kesihatan memberi penjelasan mengenai rancangan itu.

“Rancangan itu diberitahu dalam sidang Dewan Rakyat yang lalu yang akan dilaksanakan di tujuh hospital Kerajaan.

“Bagaimanapun hospital itu bertanggungjawab memberi maklumat dan penerangan terperinci mengenai proses perjalanan kadar baharu bayaran penuh pesakit di hospital nanti,” katanya.

Dakwanya, orang ramai yang datang berurusan ke hospital kerajaan sudah keliru dengan pengumuman itu.

“Maklumat mengenai kadar bayaran, kelas wad yang terlibat dan butiran lengkap memasukkan pesakit dalam wad dan sebagainya perlu diperincikan dengan pelaksanaan kadar baharu nanti,” ujarnya lagi. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal