Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun katanya syarikat kawalan keselamatan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu mengutamakan pekerja tempatan dan mematuhi nisbah pekerja tempatan dan asing.
Jelasnya, ia bagi mengelakkan kerajaan dan syarikat kawalan keselamatan tidak dituduh mengutamakan pekerja asing.
“Perkara ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin namun ia akan dibawa ke peringkat Kabinet sebelum ke Parlimen kerana perkara ini melibatkan negara asing.
“Kita dapati ada syarikat kawalan keselamatan yang hanya menjadi ‘window dressing’ dan dibelakangnya adalah kongsi gelap.
“KDN sedang cari bukti dan jika dapati ada yang lakukan perkara ini kita akan batalkan lesen mereka,” katanya.