Kerajaan bayar pampasan RM653.09 juta kepada lapan pemegang konsesi

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sejumlah RM59.77 juta lagi akan dibayar kepada empat lagi pemegang konsesi lebuh raya pada tahun hadapan.

“Jumlah keseluruhan pampasan yang dibayar adalah RM653.09 juta.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pampasan hanya akan dapat ditentukan setelah proses audit bersama dimuktamadkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan juruaudit syarikat konsesi terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Fadillah berkata hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.

Ia adalah lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia