Kerajaan akan beri kelonggaran kepada penjamin bawah Akta Kebankrapan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara yang diberi perhatian adalah golongan yang menjadi penjamin sosial kepada mereka yang gagal menjelaskan peminjam.

“Kajian terhadap akta tersebut telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi (MDI) bagi meneliti beberapa perkara yang melibatkan penjamin dan peminjam.

“​Antara perkara yang diberi perhatian adalah mereka yang menjadi penjamin khususnya penjamin sosial kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman. Kerajaan berpendapat golongan ini tidak sepatutnya dibebankan untuk menjelaskan pinjaman yang diambil oleh pihak lain,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, kerajaan bersama Jabatan Insolvensi juga turut berhasrat untuk meneliti perkara melibatkan pelepasan bagi individu yang diisytihar bankrap.

Jelasnya, setakat Jun 2016, seramai 285,048 orang telah diisytihar bankrap dan angka itu hanya akan diberi sijil pelepasan oleh MDI selepas tempoh lima tahun di bawah akta sedia ada selaras dengan Seksyen 33A.

“Sehubungan itu, satu memorandum yang komprehensif akan dibuat setelah mendapat pandangan semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet. Selepas ia diluluskan dijangka akan dibentang ke Parlimen pada sidang akan datang.

“​Usaha kerajaan ini adalah bagi meringankan beban rakyat khususnya kepada penjamin. Selain itu, kerajaan juga sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan dan kesejahteraan rakyat,” tambah Ahli Parlimen Pengerang itu lagi.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia