Keputusan permohonan pertukaran guru diketahui Jun, kata menteri

Beliau berkata, permohonan pertukaran itu dibuka kepada guru-guru pada setiap Januari, Jun dan Disember.

Keputusan permohonan itu akan dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu tempoh masa guru mengajar di sesebuah sekolah, faktor kesihatan guru berkenaan dan tempoh guru berjauhan daripada pasangannya.

“Sejak tahun lepas sehingga April tahun ini, permohonan hampir 3,000 guru diluluskan bagi membolehkan mereka berpindah mengikut pasangan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Warga Pendidik Parlimen Batu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sentul di ibu negara. Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia