Keputusan pemenjaraan Awie digantung

Ia susulan dakwaan ingkar tiga perintah mahkamah termasuk menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah, 10, kepada bekas isterinya itu.

Hakim Mohd. Amran Mat Zin memutuskan demikian selepas dimaklumkan oleh peguam syarie, Mohd. Syafiq Norizan yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bahawa permohonan responden berhubung perintah komital itu masih dalam semakan di Mahkamah Rayuan Syariah.

“Saya diberitahu bahawa keputusan semakan akan didengar pada 15 November ini, setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan yang dikeluarkan,” kata Mohd. Syafiq, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran