Keputusan Malaysia Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Dijangka Diumum Hari Ini

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka diketahui hari ini.

Difahamkan, tawaran untuk negara menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan turut berada dalam senarai agenda mesyuarat Kabinet pagi ini.

Tawaran untuk Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 2026 mengundang reaksi pelbagai, ada menganggapnya peluang menjana ekonomi menerusi pelancongan, sebahagian merasakan kos penganjuran akan merugikan negara.

Victoria, Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu menarik diri pada Julai tahun lalu kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

Kuala Lumpur pernah menganjurkan temasya berkenaan pada 1998.

Daripada 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli CGF, hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia pernah menganjurkan temasya itu. –Berita Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia