Kenyataan ‘Feng Shui buruk’ disalah petik, kata Teresa Kok

Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh itu mendakwa bahawa kenyataannya berhubung isu tersebut telah disalah petik oleh pihak media.

Ketika mendakwa bahawa beliau telah disalah petik semasa menyampaikan ucapan di Kongres Rakyat pada Ahad, Kok berkata: “Puan Phang bersedia untuk menjual rumah kepada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim kerana sejak dia berpindah, terdapat banyak bantahan, kontroversi dan juga perarakan pengebumian olok-olok terhadap Lim.

“Penunjuk perasaan di Pulau Pinang gemar mengadakan tunjuk perasaan di luar rumah Lim, tidak seperti di Selangor di mana penunjuk perasaan membantah di luar bangunan kerajaan negeri.”

Kok sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa Lim membeli hartanah di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran kerana “feng shui buruk”.

Kenyataan itu mencetuskan kritikan dan cemuhan terhadap Kok di media sosial. – MStar

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia