Kenapa Ustaz nak saman kami? Tiada niat langsung nak fitnah Ustaz – Wardina

Wardina merupakan salah seorang individu yang dinamakan oleh Pengetua dan pengasas, Datuk Mohd Kazim Elias atas dakwaannya terhadap pusat berkenaan.

Menerusi laman Facebook, Wardina mempersoal tindakan penceramah terkenal itu membuat laporan polis dan menamakannya serta seorang individu lain iaitu aktivis sosial, Syed Azmi.

“Kenapa Ustaz (Kazim) nak saman kami, Demi Allah kami dari hari pertama tiada niat langsung nak fitnah Ustaz, niat kami hanya ingin memberi suara kepada mereka yang tiada suara.

“Kami ini bukan orang-orang yang jahat Ustaz….secuit pun tak ada niat jahat. Tak ada gelaran nak kejar, harta nak kaut”, tulisnya menerusi laman Facebook.

Jelas Wardina, dia hanya berkongsi cerita mengenai dakwaan seorang individu lain yang dipercayai ibu bapa kepada bekas pelajar pusat berkenaan yang mendakwa berlakunya pencabulan seksual di pusat itu.

“Apa sahaja tuduhan kepada sesiapa sahaja yang melibatkan kanak-kanak wajar disiasat tanpa prejudis.

“Dakwaan sebegitu perlu diambil serius dan itu adalah sebab saya berkongsi cerita (dakwaan) berkenaan kerana saya juga seorang ibu dan saya tahu apa yang berlaku di luar sana”, ujarnya.

Terdahulu, Kazim berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis melakukan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii di maahad tahfiz miliknya selain membuat satu laporan polis terhadap Wardina Syed Azmi Alhabshi.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 3.50 petang, pada Jumaat.

Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Menurutnya, sebagai seorang penceramah bebas, beliau sememangnya sentiasa dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di sekolah itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia