VIDEO: Kenapa saya tidak boleh bekerjasama dengan Anwar, soal Tun Mahathir

Kata Tun Mahathir, beliau boleh bekerjasama dengan seteru politik utamanya selama ini, Lim Kit Siang dalam Deklarasi Rakyat dan tidak pelik jika beliau menjalankan kerjasama dengan bekas Timbalan Perdana Menterinya itu.

“Kalau saya boleh bekerjasama dengan Lim Kit Siang, kenapa saya tak boleh bekerjasama dengan anwar?,” soal Tun Mahathir ketika ditemui pemberita di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Putrajaya di sini.

Tun Mahathir baru-baru ini membuat kejutan apabila tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Mengulas lanjut pertemuan itu, Tun Mahathir menafikan ada perbincangan dengan Anwar untuk mengadakan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan PKR.

“Saya tak bincang,” katanya ringkas.

https://www.youtube.com/watch?v=6Ijte16RxFE

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri