Misalnya dalam kenaikan harga minyak masak dalam botol 3kg dan 5 kg. Salahkah kita menyatakan minyak masak kita antara yang termurah di rantau ini?
Jika tidak, apakah rakyat kita akan sedar betapa banyaknya nikmat di negara ini hasil pentadbiran kerajaan yang cekap.
Ada juga yang sinis berkata memanglah harga minyak masak Singapura tinggi tetapi gaji mereka juga tinggi.
Apa yang orang ini lupa gaji mereka tinggi tapi harga rumah mereka pun tinggi, cukai mereka pun tinggi, air, letrik, sayur, ikan, beras mereka semua lebih tinggi berkali ganda.
Akhirnya kos sara hidup mereka berbanding gaji macam tidak berbaloi saja. Cuba tanya rakyat Malaysia di Johor Bharu yang bekerja di Singapura dengan gaji SD 2,500 sebulan. Sanggup mereka tinggal di Singapura dengan gaji sebesar itu?
Jangan juga lupa minyak masak juga lebih mahal di Indonesia dan Thailand. Di Indonesia selain minyak masak lebih mahal, kos hospital kerajaan juga sangat tinggi berbanding Malaysia.
Jadi jika ada orang naik angin sebab kita bandingkan keistimewaan kita berbanding negara jiran, ini jenis manusia yang hati sudah hitam. Dia tidak mahu melihat apa-apa kebenaran dan kebaikan lagi kerana agenda peribadi dan kelompok.
Jangan jadi manusia kufur nikmat kerana tidak mustahil nikmat ini akan Allah tarik suatu masa nanti.
Â
Dipetik dari Facebook Ab Jalil Backer
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com