Pengerusinya, P. Waythamoorthy mendakwa warga asing seperti warga Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Filipina mudah memperolehi kerakyatan negara ini.
“Tetapi komuniti India yang menduduki tanah ini lebih enam dekad masih tidak memunyai sijil kelahiran dan kerakyatan, dan kerajaan tidak ikhlas dalam masalah itu.
“Saya tidak faham bagaimana masyaraktat India boleh bergelut untuk mendapatkan kerakyatan sedangkan warga asing begitu mudah menerima kerakyatan di negara ini,” katanya.
Beliau menuduh kerajaan sebagai punca komuniti India tidak mendapat kerakyatan meskipun mereka lahir dan mempunyai keluarga di tanah ini.
“Jika memorandum yang diserahkan kepada dua Perdana Menteri sebelum ini dapat dilaksanakan, saya yakin masalah kerakyatan dalam kalangan masyarakat India sudah lama diselesaikan,” ujarnya lagi. – Malaysia Nanban