Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berita yang dilaporkan dalam akhbar berbahasa Cina yang disiarkan semalam.
“Kementerian sedang menjalankan siasatan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.
“Tindakan ke atas mereka akan diambil dan akan didakwa oleh pihak berkuasa,” katanya.
Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti yang disebarkan melalui media sosial.
Kementerian itu juga berkata siasatan dijalankan Lembaga Peperiksaan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran kertas tersebut dan tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan. – Bernama