Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementeri Luar Negeri, pihaknya telah menghubungi beberapa pihak bagi memastikan rakyat Malaysia yang ditahan itu berada dalam keadaan selamat.
“Kita buat masa ini sedang memantau perkembangan itu,” ujarnya menerusi kenyataan berkenaan.
Awal pagi tadi, wakil tunggal dari Malaysia yang juga seorang aktivis, Dr Fauziah Mohd Hasan yang mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi ke Gaza merupakan salah seorang yang ditawan tentera Israel.
Kapal layar berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.
Kapal Zaytouna yang dalam misi #WomensBoatToGaza (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.