Kem. Kesihatan siasat dakwaan cuai Hospital Putrajaya sebabkan pesakit meninggal dunia

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kes berkenaan sedang diteliti dan tindakan akan diambil ke atas pegawai jika benar berlaku kecuaian.

“Jika itu kesilapan hospital, kita akan mengaku secara terbuka tetapi saya minta semua pihak tunggu sehingga siasatan selesai.

“Saya harap semua pihak bersabar kerana siasatan membabitkan banyak pihak dan memerlukan penelitian terperinci,” katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Balik Pulau, pada Sabtu.

Keluarga pesakit dijangkiti kencing tikus, Hapipah Md Taha, yang dirawat di hospital itu pada September tahun lalu, mendakwa berlaku kecuaian hingga menyebabkan lelaki itu meninggal dunia.

Keluarga mangsa membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Selasa lalu, sebelum Kementerian Kesihatan diminta menyiasat kes berkenaan. Keluarga pesakit turut terkejut apabila diminta menjelaskan bil mencecah RM20,000 selepas pihak hospital mendakwa Hapipah tidak mendaftar sebagai pesakit.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia