Beberapa keluarga cuba mencari jawapan mengenai nasib ahli keluarga mereka yang hilang dalam pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Kecewa dengan kurangnya perkembangan siasatan rasmi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, keluarga terbabit menghabiskan masa seminggu di Madagascar dengan melakukan pencarian di pantai.
Serpihan yang dikenal pasti sebagai “hampir pasti” datang dari pesawat itu ditemui beberapa bulan lalu di pantai Afrika Timur, menjadikan pencarian bukannya ortodoks.
Jiang Hui, 44, dari China yang kehilangan ibunya dalam penerbangan itu tidak berputus untuk mencari punca hilangnya 239 orang tanpa kesan.
“Bila pertama kali saya melihat serpihan itu pada Rabu, saya amat teruja… dan sangat sedih,” katanya dengan sebak.
“Setiap kali kami menemui serpihan, saya fikir kami begitu hampir kepada kebenaran. Inilah yang saya harapkan,” katanya.
Sama ada lokasi mahupun punca nahas belum dikenal pasti, menimbulkan pelbagai teori konspirasi.
Keluarga mangsa mencari petunjuk di Madagascar dengan berjalan kaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menunggang motosikal.
Kesemua mereka ditemani oleh Blaine Gibson, seorang penyiasat amatur warga Amerika yang juga berusaha mencari apakah yang berlaku kepada pesawat MH370. – AFP