Keluarga Jerman larikan diri ke Rusia dari pemerintahan diktator

Carola, 51 tahun dan suaminya Andre bersama dua anak perempuan mereka, Julia dan Dominique serta empat cucu mereka tiba di Moscow pada malam Tahun Baru tahun 2015, dengan harapan untuk memulakan hidup baru di sana.

Mereka kini tinggal di sebuah motel kecil berdekatan hutan di pinggir ibu negara Rusia, dan menunggu permintaan suaka mereka untuk diterima oleh pihak kerajaan Jerman.

Pihak berkuasa Rusia bertegas bahawa merka tidak akan mempertimbangkan permintaan Griesbachs kerana Jerman adalah negara yang ‘selamat’.

Andre dan Carola tidak menerima keputusan kerajaan tersebut. Mereka mendakwa bahawa perjanjian 1918 di antara Rusia dan Jerman adalah untuk menghentikan pertempuran tidak dilaksanakan dengan baik, dan kedua-dua negara secara teknikalnya masih berperang, dan menjadi tanggungjawab Rusia untuk melindungi mereka.

“Kami tidak yakin Jerman adalah tempat yang selamat untuk membesarkan anak-anak kami,” kata Andre.

“Orang ramai percaya bahawa Jerman adalah sebuah negara demokrasi tetapi ia tidak. Masyarakat Rusia adalah lebih baik, dan Putin adalah contoh yang lebih baik untuk pemimpin. Jerman dibelenggu rasuah, jadi sudah tentu dia lebih demokratik berbanding Merkel,” kata Andre.

Keluarga Griesbach sudah kehabisan simpanan mereka, tetapi mendakwa bahawa rakyat Rusia banyak membantu mereka.

“Kerana kami tidak mempunyai banyak wang yang tinggal, kami bergantung kepada penduduk tempatan untuk membantu kami,” kata Andre.

“Rakyat Rusia sangat baik. Mereka sering membantu kami dan tiada siapa yang boleh mengalahkan mereka dalam hal ini. Kami tentu tidak akan mendapat bantuan seperti ini daripada penduduk Jerman, kerana mereka terlalu mementingkan diri,” ujarnya.

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun