Kelantan belum muktamadkan keputusan sertai Liga M

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, keputusan muktamad mengenainya akan diputuskan pada kongres luar biasa badan induk itu yang akan berlangsung pada 29 Disember ini.

Dalam masa sama, Afandi juga mengakui buat masa ini, badan induk bola sepak negeri itu sememangnya tidak mempunyai dana yang cukup untuk membiayai pasukan.

“Kita akan berusaha mencari dana dalam tempoh terdekat ini, sekiranya kita tidak mampu menyediakan sekurang-kurangnya RM15 juta, kemungkinan kita akan tarik diri. Bagaimanapun, kita tunggu keputusan muktamad nanti,”katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas KAFA di Kota Bharu pada Khamis.

Tambahnya, beliau turut merayu pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri untuk membantu menyalurkan dana bagi membolehkan Kelantan kekal bersaing.

KAFA berdepan krisis kewangan yang tampak sukar diselesaikan tanpa penglibatan dan sokongan pelbagai pihak termasuk daripada Kerajaan PAS Kelantan sendiri selepas Presidennya, Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan pada 8 November lalu.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2