Panggung tersebut akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri, namun perkara itu tidak dijelaskan secara spesifik memetik laporan Sinchew Daily.
Difahamkan KB Mall bakal mempunyai lapan panggung wayang di dalam pawagam yang bakal beroperasi itu.
Sehubungan itu, walaupun kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan panggung, namun syarat kerajaan negeri yang ketat membuatkan panggung tidak dibina sebelum ini.
Menurut syarat yang ditetapkan kerajaan, penonton lelaki dan wanita akan dipisahkan manakala lampu di sesetengah tempat duduk tidak akan dipadamkan.
Kerajaan negeri juga menetapkan tiada filem akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadan dan malam Jumaat.
Terdahulu, Kelantan dilaporkan tidak mempunyai pawagam selama 20 tahun selepas menutup operasi lima buah pawagam di negeri itu sebelum ini.